Sekadar Gambar Hiasan
Perempuan Yang Macam Manakah Bakal Berada Dalam Neraka?
Sayidina Ali R.A menceritakan suatu
ketika melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis dan kemudiannya puteri
Baginda, Fatimah datang menyapanya.
Lalu kedua-duanya bertanya mengapa Rasulullah S.A.W menangis. Baginda menjawab,
“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah
sebabnya mengapa aku menangis. Kerana menyaksikan mereka menerima
seksaan yang berat dan mengerikan.
Fatimah kemudiannya bertanyakan apakah yang dilihat oleh ayahandanya
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
“Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam mulutnya.
“Aku lihat perempuan tergantung
kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, kemudian
dihulurkan ular dan kalajengking.
“Dan aku lihat perempuan yang
memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku
lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
“Aku lihat perempuan yang
telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat
dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau
busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
“Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
“Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar
dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan puntung dari api
neraka,” kata Rasulullah S.A.W.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa. Lalu, Rasullulah S.A.W menjawab;
“Wahai puteriku, adapun mereka
yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang
tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki-lelaki yang bukan
muhrimnya.
“Perempuan yang digantung adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
“Perempuan yang tergantung kedua
kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, dia keluar
rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari
haid dan nifas.
“Perempuan yang memakan badannya sendiri kerana dia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
“Perempuan yang memotong
badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana dia mempamerkan
kecantikannya untuk dilihat oleh lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya.
“Perempuan yang diikat kedua
kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dan dihulurkan ular dan
kalajengking kepadanya kerana boleh bersolat tetapi enggan beribadah dan
tidak mahu mandi wajib.
“Perempuan yang kepalanya
seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang mengumpat dan
pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka
memfitnah dan membenci suami.”
Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Semoga, kisah dan penceritaan dari Rasulullah S.A.W ini mampu dijadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua. Wallahualam.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Sumber: MynewsHub
No comments:
Post a Comment