Monday 30 April 2012

Asal-usul Hari Pekerja


 


Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dilahirkan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.

Tahukah Anda??

Dunia Haiwan



dunia haiwan

Siput mempunyai 14,175 batang gigi yang tersusun dalam 135 
barisan di atas lidah mereka.
dunia haiwan

Rama-rama mempunyai 12,000 mata.

dunia haiwan

Dalam sehari, seekor paus biru boleh menghabiskan 3 tan makanan. Dalam masa yang sama, ia boleh hidup tanpa makan selama 6 bulan.



dunia haiwan

Swan merupakan burung yang memiliki
 25,000 bulu pelepah pada badannya.

 dunia haiwan

 Kasawari adalah burung merbahaya. Ia boleh membunuh manusia atau haiwan dengan mengoyak mangsa menggunakan kuku yang melengkung.

dunia haiwan


Dalam banyak burung, hanya burung hantu saja yang boleh
 memusingkan kepala 270 darjah.

dunia haiwan 

Bila berjalan, beruang kutub nampak seperti malas tidak bermaya. 
Tetapi bila mengejar mangsa, beruang ini boleh berlari selaju 25 batu sejam.

dunia haiwan 

Ikan lumba-lumba tidur dengan satu mata terbuka.

dunia haiwan 

Burung unta menelan batu-batu kecil bagi
membantu sistem penghadamannya.

 


Sumber : Di sini (klik)


Sunday 29 April 2012

Kontroversi Kareena Hamil Terjawab!

Kontroversi Kareena Hamil Terjawab!


Kontroversi Kareena Hamil Terjawab!


SEJAK beber apa minggu lalu, kekasih Saif Ali Khan ini menjadi bualan ramai. Selain kisah perkahwinannya, khabar angin mengenai kehamilannya juga menjadi perhatian. Berita itu tersebar apabila gambar Kareena yang kelihatan berisi tersebar di internet pada minggu lalu.

Bagaimanapun , spekulasi mengenai aktres ini mengandung disahkan tidak benar kerana pelakon berusia 31 tahun ini kelihatan berisi untuk filem terbarunya, Heroine arahan Madhur Bhandarkar.

Malah, gambar yang memperlihatkan sisi perut Kareena kelihatan berisi itu juga disahkan palsu oleh Madhur.

“Jangan ada spekulasi mengenai gambar itu. Ia hanyalah dalam penggambaran bukannya betul-betul.

Kareena kelihatan berisi untuk salah satu babak dalam filem saya, Heroine,” kata Madhur dalam laman Twitter miliknya.

Filem Heroine bakal ditayangkan pada 14 September ini yang turut dibintangi oleh Arjun Rampal. 

– Sinar Harian


Saturday 28 April 2012

Keadaan Semasa Perhimpunan BERSIH 3.0


Ratusan Ribu Orang Membanjiri Kuala Lumpur.


Beginilah suasana semasa perhimpunan BERSIH 3.0 dilakukan. Bukan saja ratusan atau ribuan, malahan mampu mencecah ratusan ribuan orang ramai membanjiri Kuala Lumpur. Perhimpunan yang disertai oleh pelbagai individu yang serata pelusuk turut menghadiri perhimpunan ini. Keadaan yang bersesak-sesak menuju ke Dataran Merdeka dengan dipenuhi dengan warna kuning memenuhi ruangan jalan.

(Ratusan ribu bersesak-sesak menuju ke Dataran Merdeka)





KUALA LUMPUR: Hampir ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana.
Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.

Mereka memulakan perhimpunan ini kira-kira dua jam sebelum perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 2 - 4 petang ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar kanan) sudah berada di kawasan perhimpunan dan akan bergerak ke Dataran Merdeka.

Beliau berkumpul bersama-sama pimpinan PAS dan Pakatan yang lain di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.


Friday 27 April 2012

20 Pertanyaan Rasulullah S.A.W. Terhadap Raja Iblis


 

Suatu ketika Allah S.W.T. telah memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis supaya dia mendatangi Rasulullah S.A.W. untuk memberitahu segala rahsianya ; tentang hal –hal yang disukai mahupun dibencinya. Maksudnyanya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad S.A.W. dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, “Hai Iblis! Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap Rasullullah S.A.W. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang ditanyakan oleh Rasulullah S.A.W. hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan semua bahagian anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras.”

Demi mendengar kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah S.A.W. dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah S.A.W. Maka sembah Iblis (laknatullah),

Cara mudah nak buang Facebook Timeline

Facebook Timeline.

Selamat mengunjungi blog BudakSkemaWorld. Entri hari ini adalah berkenaan dengan cara bagaimana nak remove facebook tilmeline yang sudah meluas dalam akaun facebook anda.

Tak dinafikan lagi, kewujudan facebook timeline memang mengganggu keselesaan pengguna facebook. Tapi, kepada yang meminati facebook timeline tersebut, boleh teruskan. Untuk yang tidak minat untuk menggunakan facebook timeline tersebut, anda boleh je remove untuk mengelakkan ianya terus mengganggu keselesaan anda semasa online.

Contoh paparan Facebook Timeline
Gambar di atas ini adalah contoh paparan facebook timeline yang terdapat di akaun facebook anda.

Seterusnya, kita akan buat ianya tidak lagi muncul di dalam akaun facebook anada semua. Anda boleh tonton video di bawah ini bagaimana proses pembuangan facebook timeline dilakukan dengan begitu mudah. Perhatikan betul-betul dan ikut langkahnya satu per satu.

Video Tutorial:



Sudah faham dengan apa yang ditunjukkan? Harap-harap fahamlah ye...senang jer....
Kalau tak faham jugak atau terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah ajukan soalan anda di bahagian komen di bawah ataupun hantarkan emel kepada BudakSkema di BudakSkemaWorld@gmail.com.

SELAMAT MENCUBA!!!


Saturday 14 April 2012

Mimik muka yang susah nak dilakonkan.

Di sini saya nak kongsikan antara mimik-mimik muka yang sukar nak ditiru...hahaha....layannn...