Saturday, 28 April 2012

Keadaan Semasa Perhimpunan BERSIH 3.0


Ratusan Ribu Orang Membanjiri Kuala Lumpur.


Beginilah suasana semasa perhimpunan BERSIH 3.0 dilakukan. Bukan saja ratusan atau ribuan, malahan mampu mencecah ratusan ribuan orang ramai membanjiri Kuala Lumpur. Perhimpunan yang disertai oleh pelbagai individu yang serata pelusuk turut menghadiri perhimpunan ini. Keadaan yang bersesak-sesak menuju ke Dataran Merdeka dengan dipenuhi dengan warna kuning memenuhi ruangan jalan.

(Ratusan ribu bersesak-sesak menuju ke Dataran Merdeka)





KUALA LUMPUR: Hampir ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana.
Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.

Mereka memulakan perhimpunan ini kira-kira dua jam sebelum perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 2 - 4 petang ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar kanan) sudah berada di kawasan perhimpunan dan akan bergerak ke Dataran Merdeka.

Beliau berkumpul bersama-sama pimpinan PAS dan Pakatan yang lain di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.


 


Dengan memakai jubah berwarna kuning, lencana bersih 3.0 dan juga headband Bersih 3.0, beliau akan bersama perhimpunan Bersih kali ini.

Dalam perhimpunan Bersih 2.0, beliau antara yang ditahan polis dan dibawa naik ke black maria polis.

Turut serta dari pejabat Agung PAS adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli dan Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Dengan memakai baju kuning Bersih 3.0, mereka mula bergerak beramai-ramai dengan berjalan kaki dari Pejabat Agung PAS ke Dataran Merdeka.(gambar kiri.
Sumber : Di sini (klik)



No comments:

Post a Comment