Idea gembira untuk menggunakan perayaan
cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dilahirkan
di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk
mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat
dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan
ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan
ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang
sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan
membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi
perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan
para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka
sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan?
Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi
kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka,
idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar
ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia
proletariat.
Yang pertama untuk mengikuti contoh pekerja
Australia merupakan pekerja Amerika. Pada tahun 1886, mereka mengambil
keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa.
Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari
bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang
para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini.
Namun, pada tahun 1888, mereka memperbaharui keputusan mereka dan mengambil
keputsan bahawa perayaan seterusnya akan diadakan pada 1hb Mei, 1890.
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah
telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini
berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang
dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan
jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan
Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini
diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil
dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad
dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk
mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun
sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali.
Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan
berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak
ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan
datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan cara seperti kilat
idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja.
Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua
orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan
dan berterusan […].
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari
bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei
tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas
pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei
akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila
hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi
kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan
bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.
Sumber : Klik sini
No comments:
Post a Comment