Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Sunday, 29 April 2012

Kontroversi Kareena Hamil Terjawab!

Kontroversi Kareena Hamil Terjawab!


Kontroversi Kareena Hamil Terjawab!


SEJAK beber apa minggu lalu, kekasih Saif Ali Khan ini menjadi bualan ramai. Selain kisah perkahwinannya, khabar angin mengenai kehamilannya juga menjadi perhatian. Berita itu tersebar apabila gambar Kareena yang kelihatan berisi tersebar di internet pada minggu lalu.

Bagaimanapun , spekulasi mengenai aktres ini mengandung disahkan tidak benar kerana pelakon berusia 31 tahun ini kelihatan berisi untuk filem terbarunya, Heroine arahan Madhur Bhandarkar.

Malah, gambar yang memperlihatkan sisi perut Kareena kelihatan berisi itu juga disahkan palsu oleh Madhur.

“Jangan ada spekulasi mengenai gambar itu. Ia hanyalah dalam penggambaran bukannya betul-betul.

Kareena kelihatan berisi untuk salah satu babak dalam filem saya, Heroine,” kata Madhur dalam laman Twitter miliknya.

Filem Heroine bakal ditayangkan pada 14 September ini yang turut dibintangi oleh Arjun Rampal. 

– Sinar Harian


Saturday, 28 April 2012

Keadaan Semasa Perhimpunan BERSIH 3.0


Ratusan Ribu Orang Membanjiri Kuala Lumpur.


Beginilah suasana semasa perhimpunan BERSIH 3.0 dilakukan. Bukan saja ratusan atau ribuan, malahan mampu mencecah ratusan ribuan orang ramai membanjiri Kuala Lumpur. Perhimpunan yang disertai oleh pelbagai individu yang serata pelusuk turut menghadiri perhimpunan ini. Keadaan yang bersesak-sesak menuju ke Dataran Merdeka dengan dipenuhi dengan warna kuning memenuhi ruangan jalan.

(Ratusan ribu bersesak-sesak menuju ke Dataran Merdeka)





KUALA LUMPUR: Hampir ratusan ribu manusia sudah memenuhi ibukota terutama di perkarangan Dataran Merdeka di samping enam lagi lokasi berkumpul sebelum bergerak ke sana.
Jumlah kali ini jauh lebih banyak berbanding Bersih 2.0 yang diadakan sebelum ini.

Mereka memulakan perhimpunan ini kira-kira dua jam sebelum perhimpunan yang sepatutnya bermula jam 2 - 4 petang ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar kanan) sudah berada di kawasan perhimpunan dan akan bergerak ke Dataran Merdeka.

Beliau berkumpul bersama-sama pimpinan PAS dan Pakatan yang lain di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.


Thursday, 29 March 2012

Janin Tanpa Kepala


Disyaki dipam dalam mangkuk tandas

KUALA LUMPUR: Satu janin tidak berkepala ditemui pekerja Indah Water Konsortium (IWK) di dalam loji kumbahan air di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara di sini, tengah hari semalam.

Janin belum cukup sifat dianggarkan berusia empat hingga lima bulan ditemui tersangkut di perangkap sampah pada jam 12.30 tengah hari, ketika pekerja terbabit sedang menjalankan kerja pembersihan di loji berkenaan, sebelum memaklumkannya kepada polis. 

 Hasil pemeriksaan yang dijalankan Unit Forensik Polis mengesahkan janin sebesar tapak tangan itu dipercayai digugurkan dalam tempoh kurang 48 jam.

Polis mengesyaki janin itu dibuang ke dalam mangkuk tandas sebelum dipam dari rumah berhampiran loji berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang mengesahkan kejadian itu memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan, namun beliau menolak kemungkinan janin dibuang oleh pihak yang menceroboh ke kawasan loji IWK.

“Siasatan kita mendapati pintu pagar loji kumbahan air ini sentiasa berkunci dalam keadaan rapi serta tidak mungkin wujud unsur pencerobohan, namun ada kemungkinan janin dipam melalui tandas rumah sebelum aliran air membawanya ke kawasan loji berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan dan siasatan secara menyeluruh terhadap penduduk di PPR terbabit bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab membuang janin itu.

Janin itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Zakaria meminta saksi dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penemuan janin itu supaya menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 atau ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

Sumber: Berita Harian Online

Proton P3-21A Terbaru!!!





p321a 061111e 520x390 Harga Kereta Proton P3 21A Terbaru dibuka Pada Harga RM62,000!
Harga Kereta Proton P3-21A Terbaru dibuka Pada Harga RM62,000!   

PROTON Holdings Berhad (Proton) mengumumkan harga jualan bagi model terbaru keluarannya yang kini dikenali menerusi kod P3-21A bermula dari RM62,000 hingga RM75,000 seunit mengikut jenis varian dan spesifikasi dengan tempahan mula dibuka semalam. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, orang ramai boleh mula membuat bayaran tempahan sebanyak RM500 di semua pusat jualan Proton seluruh negara atau di acara mega lima hari dinamakan ‘Power Of 1’ di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 14 hingga 18 Mac ini.


p321a 061111a 520x390 Harga Kereta Proton P3 21A Terbaru dibuka Pada Harga RM62,000!
Harga Kereta Proton P3-21A Terbaru dibuka Pada Harga RM62,000!

Beliau berkata, pembeli yang membuat tempahan bagi model baru itu juga berpeluang memenangi hadiah utama Lotus F1 Team i-Race berupa pengalaman memandu kereta Formula Satu Lotus dan mengikuti program khusus sebagai seorang pemandu F1 dalam sesi khas ditaja sepenuhnya di Sepanyol.
“Pengunjung ke acara mega ini bukan saja berpeluang menyaksikan lebih dekat teknologi dan keupayaan pembuatan kereta Proton, malah mendapat diskaun dari RM500 hingga RM15,000 apabila membuat tempahan kereta Proton seperti Exora Bold, Persona, Saga FLX, Gen2 dan Savvy.
“Selain itu, model edisi khas Exora, Persona, Saga serta Satria Neo turut menawarkan kadar diskaun dari RM5,500 hingga RM15,000 manakala kereta Satria Neo R3 yang dilancarkan tahun lalu juga menawarkan diskaun RM6,000 berbanding harga asalnya,” katanya pada majlis taklimat media dan prapelancaran model baru P3-21A di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Sumber Harga Kereta Proton P3-21A Terbaru dibuka Pada Harga RM62,000! : mymetro

Sila like Harga Kereta Proton P3-21A Terbaru dibuka Pada Harga RM62,000!



Wednesday, 14 March 2012

Tiada lagi PETERPAN?


Tiada lagi Peterpan? 

14 Mac – Peterpan sememangnya cukup dikenali di mata pencinta muzik di Indonesia dan juga Asia termasuk Malaysia. Namun kini kesemua ahli Peterpan dalam dilema kerana ingin menukar nama kumpulan mereka itu.

Dipetik daripada Kapan Lagi, kumpulan yang berasal dari kota Bandung ini sudah pun mempunyai nama baru. Malah nama baru mereka sudah pun berada di album terbaru mereka yang tertunda sebelum ini kerana vokalis mereka, Ariel dipenjarakan atas sebab kontroversi video lucahnya itu.

"Sebenarnya album yang sebelum ini terpaksa ditunda telah pun digantikan dengan nama yang baru," ujar Indrawati Wijaya atau lebih kenali sebagai Bu Acin yang merangkap penerbit album Peterpan ini.

Walaubagaimanapun Bu Acin enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut dan memberitahu dia masih tidak tahu tentang nama baru yang dipilih oleh mereka. Pengumuman akan dibuat oleh ahli kumpulan Peterpan kelak.

"Saya tidak tahu, harus menunggu ketika diumumkan nanti. Pastinya perlu menantikan masa yang sesuai," katanya lagi.

Selain daripada Ariel, Peterpan turut dianggotai oleh Uki, Reza dan Lukman.

Sumber: Yahoo!

Tuesday, 13 March 2012

Nasib seorang bayi 2 tahun 10 bulan

Gila..Seorang Ayah Lebih Mementingkan Kucingnya Dan Membiarkan Anaknya Mati Kelaparan

 



 
Seorang bayi di Jepun yang berusia 2 tahun 10 bulan telah mati kelaparan kerana ayahnya lebih peduli untuk mengurus kucing daripada dirinya.
 
Polis menyatakan bahawa sang bayi sangat kelaparan hingga secara insting memakan apapun yang boleh dia temui sebagai salah satu cara untuk mempertahankan hidup. Kesimpulan itu diperoleh setelah adanya potongan pampers, kotoran kucing, plastik, dan kertas yang ditemukan di dalam perutnya.
 
Ayahnya membantah tuduhan tersebut, lalu memberikan pernyataan sebagai berikut: "Ini bukan kerana saya tidak melakukan apa-apa (untuk anak saya). Hal ini hanya kerana kucing saya lebih penting daripada anak saya."
 
Dinas sosial di Jepun sebenarnya telah mewaspadai situasi bayi laki-laki itu sebelumnya, setelah memeriksa keadaannya ketika berusia 6-7 bulan dan mengetahui berat badannya hanya 6,2 kg.
Dinas sosial telah datang 5 kali ke rumah sang bayi untuk memeriksanya, tapi tidak berhasil kerana ayahnya tidak pernah membiarkan mereka melihat bayi malang tersebut atau mereka sedang tidak ada di rumah.
 
Ketika bayi itu meninggal dunia, berat badannya hanya 5.8 kg. Sedangkan, berat badan normal untuk bayi usia 2 tahun 10 bulan adalah 13.5 kg.
Ibu sang bayi menelefon polisi dan mengatakan bayinya tidak bernafas. Polis segera bergegas membawanya ke rumah sakit, tetapi dia tidak tertolong dan meninggal malam itu. Petugas polis sedang menyelidiki kes ini setelah petugas rumah sakit mengatakan bahawa mereka mencurigai orangtuanya telah mengabaikan sang bayi.
 
Sumber: weirdasianews 
 

Thursday, 23 February 2012

Anak Amir Ukay’s meninggal dunia


Anak Amir Ukay's meninggal dunia.



Penyanyi, Amir Ukay’s kehilangan anak lelakinya, Muhammad Imran,15, berikutan masalah kompilasi jantung yang dihidapi sejak kecil.


Menurut Amir, anaknya menghembuskan nafas terakhir waktu solat Maghrib semalam, ketika dalam perjalanan ke Hospital Gleneagles, Ampang.

“Saya tidak sangka dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun saya redha dengan pemergiannya," katanya.

Jelas Amir, Imran menetap bersama ibu mertuanya sejak dia bercerai dengan isterinya pada 2006.

Sunday, 19 February 2012

Syabu dalam "anu"?

Syabu dalam anu.

IPOH: Bagai menempah maut apabila seorang wanita ‘keldai dadah’ warga Malaysia ditahan polis Indonesia kerana cuba menyeludup syabu dengan menyembunyikannya di dalam kemaluan.
Wanita berusia 25 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Sepinggan, Balik Papan, Kalimantan sebaik tiba dengan menaiki pesawat melalui penerbangan dari Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut sumber, suspek ditahan selepas pemeriksaan polis mendapati dia menyumbat tiga ketulan syabu di dalam plastik seberat 175 gram ke dalam kemaluannya.
“Suspek dipercayai keldai dadah ditahan pihak berkuasa lapangan terbang selepas didapati dalam keadaan gelisah ketika melepasi pemeriksaan kastam.

“Dia kemudian diarah membuka pakaian untuk pemeriksaan rapi oleh anggota polis wanita dan dicekup selepas satu daripada tiga bungkusan dadah itu terjatuh sebaik seluar dalam dipakainya dilucutkan,” katanya.
 
Menurutnya, suspek kemudian dibawa untuk ujian x-ray sebelum polis mendapati dua lagi bungkusan dadah tertinggal dalam kemaluannya.
Polis tidak menolak kemungkinan suspek diupah sindiket dadah warga Afrika dan usaha dilakukan bagi mengesan dalang yang memperguna gadis Malaysia itu untuk menyeludup dadah.

Pesakit Barah Tulang Meninggal Dunia!

Al-Fatihah, Pesakit Barah Tulang, MOHD. ZULHAFIZ meninggal dunia.






KUANTAN - Pesakit barah tulang, Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani (gambar kecil), 21, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.55 malam kelmarin di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Menurut bapanya, Abdul Ghani Mohamed, 64, anak bongsu daripada lima beradik itu meninggal dunia ketika ditemani semua ahli keluarga di hospital tersebut.

Seminggu sebelum itu, ketumbuhan di bahu kirinya tiba-tiba pecah lalu mengeluarkan darah dan cecair yang banyak.

"Akibat itu, arwah dilihat menahan kesakitan kerana terdapat kesan lubang sebesar bola pingpong dan ketumbuhan itu mengecil," katanya.