Harga Kereta Proton P3-21A Terbaru dibuka Pada Harga RM62,000! |
PROTON Holdings Berhad (Proton) mengumumkan harga jualan bagi model terbaru keluarannya yang kini dikenali menerusi kod P3-21A bermula dari RM62,000 hingga RM75,000 seunit mengikut jenis varian dan spesifikasi dengan tempahan mula dibuka semalam. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin
Syed Mohamed Tahir berkata, orang ramai boleh mula membuat bayaran
tempahan sebanyak RM500 di semua pusat jualan Proton seluruh negara atau
di acara mega lima hari dinamakan ‘Power Of 1’ di Stadium Nasional
Bukit Jalil dari 14 hingga 18 Mac ini.
Harga Kereta Proton P3-21A Terbaru dibuka Pada Harga RM62,000! |
Beliau berkata, pembeli yang membuat tempahan bagi model baru itu
juga berpeluang memenangi hadiah utama Lotus F1 Team i-Race berupa
pengalaman memandu kereta Formula Satu Lotus dan mengikuti program
khusus sebagai seorang pemandu F1 dalam sesi khas ditaja sepenuhnya di
Sepanyol.
“Pengunjung ke acara mega ini bukan saja berpeluang menyaksikan lebih
dekat teknologi dan keupayaan pembuatan kereta Proton, malah mendapat
diskaun dari RM500 hingga RM15,000 apabila membuat tempahan kereta
Proton seperti Exora Bold, Persona, Saga FLX, Gen2 dan Savvy.
“Selain itu, model edisi khas Exora, Persona, Saga serta Satria Neo
turut menawarkan kadar diskaun dari RM5,500 hingga RM15,000 manakala
kereta Satria Neo R3 yang dilancarkan tahun lalu juga menawarkan diskaun
RM6,000 berbanding harga asalnya,” katanya pada majlis taklimat media
dan prapelancaran model baru P3-21A di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
Sumber Harga Kereta Proton P3-21A Terbaru dibuka Pada Harga RM62,000! : mymetro
Sila like Harga Kereta Proton P3-21A Terbaru dibuka Pada Harga RM62,000!
No comments:
Post a Comment