Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah!!
Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!”
Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini.
Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai
di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin!
Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan
balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi
penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin
tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit
Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan,
Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati
masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita
ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat
manfaat dan pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu
kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin
masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya,
bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik.
Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan
iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami
yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan
seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga
beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup
tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas
En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui
pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya,
beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak
bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin
pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke
sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah
keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat
malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi
masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi
mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual
beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala
kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah
dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang
mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada
beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai
juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah
tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika
pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap
beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand
termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh
seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras
seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain
yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa
dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula
membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib
sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas
hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya
Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan
dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali
berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand
di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah
juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand.
Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan
lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang
banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang
ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi
dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat
setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian
semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala
isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat
tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi
manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya
satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya
berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak
mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu
demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang
beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari
sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa
kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah
habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala
lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan
kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati
dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi
menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat
dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah
dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu
tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula
dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang
lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu
juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku
mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat
sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan
daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu
mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak,
bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin
agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil
penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah
Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang
yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah
telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring
menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu
beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana
ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik
sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh
diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad
pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan
berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu
berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah
berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian
yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf
bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah
hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi
diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita
manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah
yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman,
jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih
bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina.
Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil
iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri
kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.
Sumber : Klik sini
*Artikel ini disiarkan bertujuan untuk kongsian dan pengajaran kepada para pembaca. Selepas baca artikel nie, diharapkan mampu memberikan serba sedikit ilmu pengetahuan dan bimbingan untuk kita SEMUA!!!
No comments:
Post a Comment