Wednesday 14 March 2012

Tiada lagi PETERPAN?


Tiada lagi Peterpan? 

14 Mac – Peterpan sememangnya cukup dikenali di mata pencinta muzik di Indonesia dan juga Asia termasuk Malaysia. Namun kini kesemua ahli Peterpan dalam dilema kerana ingin menukar nama kumpulan mereka itu.

Dipetik daripada Kapan Lagi, kumpulan yang berasal dari kota Bandung ini sudah pun mempunyai nama baru. Malah nama baru mereka sudah pun berada di album terbaru mereka yang tertunda sebelum ini kerana vokalis mereka, Ariel dipenjarakan atas sebab kontroversi video lucahnya itu.

"Sebenarnya album yang sebelum ini terpaksa ditunda telah pun digantikan dengan nama yang baru," ujar Indrawati Wijaya atau lebih kenali sebagai Bu Acin yang merangkap penerbit album Peterpan ini.

Walaubagaimanapun Bu Acin enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut dan memberitahu dia masih tidak tahu tentang nama baru yang dipilih oleh mereka. Pengumuman akan dibuat oleh ahli kumpulan Peterpan kelak.

"Saya tidak tahu, harus menunggu ketika diumumkan nanti. Pastinya perlu menantikan masa yang sesuai," katanya lagi.

Selain daripada Ariel, Peterpan turut dianggotai oleh Uki, Reza dan Lukman.

Sumber: Yahoo!

No comments:

Post a Comment