Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Sunday, 16 September 2012

Manusia Bersayap??




CERITA makhluk seakan manusia mempunyai sayap sering kita dengar atau lihat melalui filem atau drama televisyen.Tetapi, seorang pengamal perubatan alternatif, Khairul Syakirin Abdul Wahab yang berasal dari Kemaman, Terengganu mendakwa pernah berjumpa dan berbual dengan makhluk seakan manusia bersayap.

Katanya, peristiwa itu berlaku tiga tahun lepas.

“Kejadian itu berlaku di Kemaman semasa sedang merawat seorang remaja berumur 14 tahun yang dirasuk jin.

“Kejadian itu menyebabkan keluarga remaja itu sanggup datang dari Johor Bahru, Johor untuk merawat anaknya,” katanya.

Tutur Khairul, dia berkesempatan berbual-bual dengan makhluk tersebut.

Menurut cerita lisan sebelum manusia mendiami bumi ini, terdapat makhluk lain yang mendiami bumi dulu. Mereka ini dikenali sebagai bangsa Polip.Bangsa Polip hidup di bumi jutaan tahun dahulu sebelum manusia.
Uniknya, mereka bukan jin, malaikat atau manusia tetapi fizikalnya seakan-akan manusia cuma mempunyai sayap untuk terbang seperti seekor burung. Khairul memberitahu, makhluk itu memperkenalkan namanya sebagai Mizari.

“Mizari mendakwa telah wujud sebelum manusia tetapi kerana mengingkari perintah Tuhan mereka dihukum tidak mempunyai zuriat selain tidak akan mati.

“Katanya, jumlah mereka sekitar 7,000. Mizari sendiri mendakwa telah hidup selama empat juta 130 ribu tahun,” katanya.

Namun, akhirnya Mizari bersetuju untuk keluar daripada dalam badan remaja tadi tetapi dengan satu syarat iaitu bersalaman dengan kedua-dua ibubapa mangsa terbabit sebagai tanda memohon maaf.

Khairul memberitahu, dia berkesempatan berjumpa dengan Mizari beberapa hari selepas itu.

“Badannya dipenuhi dengan bulu berwarna putih, berwajah manusia yang cukup tampan serta bersayap. Tetapi, saya anggap semua ini mungkin mimpi atau gangguan jin semata-mata.

“Ini kerana tiada bukti bercetak atau rakaman video yang direkodkan mengenai makhluk ini,” ujarnya.

Realitinya, kes sebegini bukan sekadar berlaku di negara ini malah di negara Eropah dan Asia lain seperti Britain dan China.Beberapa tahun lepas, satu kejadian pelik di Derbyshire Countryside, Britain. Seorang warga tempatan menemui sejenis makhluk yang mulanya kelihatan seperti seorang bayi.Namun setelah diamati secara dekat, dia mendapati makhluk tersebut menyerupai seorang manusia tetapi mempunyai sayap.

Menurut laporan ujian makmal, makhluk pelik itu memiliki struktur tulang mirip dengan susunan tulang pada badan manusia bezanya terdapat sedikit rongga seperti serangga.Malah, entiti itu memiliki rupa bentuk mirip manusia dengan dua tangan lengkap dengan lima jari dan dua kaki.

Bahagian kepalanya pula dipenuhi rambut berwarna perang keemasan. Bagaimanapun, saintis Britain mendapati, ia hanya sejenis serangga seakan manusia. Beberapa tahun lepas di Guangzhou, China pula gempar dengan foto wanita tua bersayap yang berpakaian serba putih dan telah mati.

Ramai yang menganggap wanita itu malaikat yang jatuh dari langit. Namun, selepas dua orang mahasiswa sebuah universiti tempatan melakukan penyelidikan terhadap gambar tersebut mereka mendapati, ia palsu dan telah diubah suai. Malah, yang dikatakan sayap tiruan itu sebenarnya sayap ayam.


Sumber: Crew Fathi 


Thursday, 29 March 2012

Janin Tanpa Kepala


Disyaki dipam dalam mangkuk tandas

KUALA LUMPUR: Satu janin tidak berkepala ditemui pekerja Indah Water Konsortium (IWK) di dalam loji kumbahan air di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara di sini, tengah hari semalam.

Janin belum cukup sifat dianggarkan berusia empat hingga lima bulan ditemui tersangkut di perangkap sampah pada jam 12.30 tengah hari, ketika pekerja terbabit sedang menjalankan kerja pembersihan di loji berkenaan, sebelum memaklumkannya kepada polis. 

 Hasil pemeriksaan yang dijalankan Unit Forensik Polis mengesahkan janin sebesar tapak tangan itu dipercayai digugurkan dalam tempoh kurang 48 jam.

Polis mengesyaki janin itu dibuang ke dalam mangkuk tandas sebelum dipam dari rumah berhampiran loji berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang mengesahkan kejadian itu memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan, namun beliau menolak kemungkinan janin dibuang oleh pihak yang menceroboh ke kawasan loji IWK.

“Siasatan kita mendapati pintu pagar loji kumbahan air ini sentiasa berkunci dalam keadaan rapi serta tidak mungkin wujud unsur pencerobohan, namun ada kemungkinan janin dipam melalui tandas rumah sebelum aliran air membawanya ke kawasan loji berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan dan siasatan secara menyeluruh terhadap penduduk di PPR terbabit bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab membuang janin itu.

Janin itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut.

Zakaria meminta saksi dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penemuan janin itu supaya menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999 atau ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. 

Sumber: Berita Harian Online

Sunday, 11 March 2012

FAILED!!!

Siapakah Sebenarnya "DIA"??

FAILED!!!!!  Dimana silapnya gambar di atas?

Selepas tengok gambar nie, muncul satu soalan di benak kepala otakku yang ingin aQ keluarkan.
Siapakah sebenarnya DIA nie? EMAK atau AYAH kepada budak-budak nie?

*Tolong bagi jawapan kepada siapa yang tau.


Friday, 2 March 2012

Lagi Kreatif (Kenderaan pelik)


Lagi berkaitan dengan rekaan menarik.
MEREKA mencipta bermacam-macam fesyen..Idea nie memang menarik dan terbaik. Hasilnya, memang meletup BEB!!!. Bukan senang mau buat nie. Adakalanya Idea nie memang pelik kan? Apa yang penting, MENARIK dan MENAKJUBKAN!!!! Jom, Layan....


MeoWWW...Inilah kereta berbentuk Kucing...huhuhu...cantikkan? Pink lagi...


Tempat pemuliharaan binatang liar...SINGA ada..gajah dan lain-lain.


Wednesday, 29 February 2012

Helmet Unik dan Menarik

HELMET UNIK LAGI MENARIK.

Pernah tengok koleksi Helmet yang pelik, unik, ngeri atau apa-apa je la...Nak tengok semua itu? Semuanya di bawah.

Fuyyooo...Hensem la topi nie...Pakai SPEC lagi.


Nie dia Kepala Spider-man...KILAU lagi mata dia.



Sunday, 19 February 2012

Nenek di kawal 3 lembaga hitam



SUNGAI BARU - Seorang nenek kepada 30 cucu yang hilang dalam tempoh 24 jam pada Rabu lalu mengadu dilarikan dan dikawal oleh tiga lembaga hitam tidak dikenali sepanjang kehilangannya.

Johara Ahmad, 83, mendakwa, sebelum ditemui jirannya di tengah-tengah sawah dalam keadaan letih, dia dijaga oleh tiga lembaga yang sukar dikenal pasti sama ada lelaki atau perempuan.

Anaknya, Masitah Mat, 60, berkata, ketika kejadian dia keluar ke bank manakala Johara tinggal bersama adiknya, Zurina, 51, di rumah mereka yang terletak di Kampung Sungai Baru Tengah.

Menurutnya, kejadian itu diketahui apabila Zurina menghubunginya dan bertanyakan mengenai ibu mereka yang tiada di dalam rumah.

“Saya menyuruh Zurina mencari ibu di bilik air, namun tiada dan puas dia mencari di sekeliling rumah tetapi gagal ditemui.