Idea gembira untuk menggunakan perayaan
cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dilahirkan
di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk
mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat
dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan
ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu mengajurkan
ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang
sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan
membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi
perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan
para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka
sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan?
Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi
kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka,
idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar
ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia
proletariat.