Thursday, 16 February 2012

Cheat Game

Di sini Admin nak share berkenaan dengan cara nak cheat game dalam komputer korang. Tapi game yang asas yang disediakan oleh window saja la...Game lain Admin tak ada...huhuhu...Game yang Admin nak share adalah seperti di bawah.

Freecell

1. Tekan kekunci [Shift] + [Ctrl] + [F10] secara serentak semasa permainan.
2. Kemudian klik [Abort].

MSHeart


1. Buka regedit, dan pergi ke folder berikut: [HKEY_CURRENT_USER\SOftware\Microsoft\Windows\Curre ntVersion\Applets\Hearts].
2. Kemudian, tambah String Value baru bernama ZB.
3. Letakkan nilai Value data kepada 42.
4. Klik OK.
5. Sekarang semasa memulakan permainan baru, anda boleh menekan kekunci [CTRL + ALT + SHIFT + F12] untuk melihat kad dari orang lain.

Minesweeper


1. Tukar background wallpaper anda kepada warna hitam.
2. Mulakan permainan.
3. Kemudian taip huruf berikut X Y Z Z Y satu per satu.
4. Kemudian tekan SHift (kiri) pada keyboard anda.
5. Halakan kursor pada petak-petak solitaire.
6. Jika terdapat tanda kecil berwarna putih pada skrin monitor bahagian bucu atas-kiri, maknanya tiada bom. Jika tiada tanda, maknanya terdapat bom. Senang bukan?

Solitaire


1. Gunakan mode Draw Three semasa memulakan permainan.
2. Semasa permainan, hold kekunci [CTRL + Shift + Alt] dan klik pada kad tersebut.
3. Secara automatik ia akan Draw One dan bukan Draw Three.


                                                                          -TAMAT-

*Selamat mencuba lah kepada semua. Kalau berhasil, komen je di ruangan komen...klo tak berhasil, buat sampai dapat...hahahaha....kalau tak berhasil pon, boleh komen jugak. Kita SHARE...




No comments:

Post a Comment