Tuesday, 28 February 2012

Kereta Mendiang Steve Jobs Tiada No Pendaftaran.


Kereta Milik Pengasas Syarikat Apple, Mendiang Steve Jobs.


Klik sini



SELAMA bertahun-tahun, ramai pihak mempersoalkan adakah pengasas syarikat gergasi komputer Apple, Steve Jobs mendapat kelebihan tertentu dari pihak berkuasa California? Atau beliau sengaja mencabar pihak berkuasa menahannya?

Ini kerana kereta Mercedes SL55 AMG berwarna silver milik mendiang Steve Jobs dilihat tidak memiliki nombor pendaftaran selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, persoalan tersebut telah terjawab. Satu temubual bersama bekas eksekutif keselamatan Apple mendedahkan bahawa satu "loophole" di bawah undang-undang California membenarkan pemilik kenderaan baru untuk tidak memasang no pendaftaran kenderaan selama 6 bulan. 

Jesteru, Steve Jobs menggunakan kelebihan itu untuk menukar keretanya setiap kali sebelum tamat tempoh masa 6 bulan kepada kereta yang serupa. Steve Jobs gemar menukar keretanya kepada kereta baru dengan warna dan spesifikasi yang sama.

Maka tidak menjadi kesalahan baginya untuk memakai kereta yang tidak memiliki no pendaftaran selama bertahun-tahun. Tidak hairanlah seorang "bilionaire" sepertinya mampu berbuat demikian.

Sumber: Klik Sini


No comments:

Post a Comment